Thursday 19 April 2012

TAMADUN MELAYU



TAMADUN MELAYU 

SEJARAH TAMADUN MELAYU 

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang mantap, keluhuran undang-undang islam, kemakmuran yang diredhai oleh Allah dan akhlak umat yang tinggi. 

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang sangat unik jika dibandingkan dengan tamadun lain dari segi perkembangan dan kemajuannya.
 

Terdapat 3 fasa yang utama dalam proses perkembangan tamadun Melayu iaitu:
 

i-masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam. 

ii-masyarakat Melayu selepas menerima pengaruh agama Hindu-Buddha. 

iii-masyarakat Melayu selepas kedatangan agama Islam. 



KONSEP MELAYU DLM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

  • Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara bagi melicinkan pemerintahan & pentadbiran sesebuah negara. 

  • Antara isi penting dalam sesebuah perlembagaan seperti kebebasan asasi& hak seseorang, kehakiman, kewarganegaraan, undang2, kewangan, perkhidmatan awam, undang2 persekutuan dll. 

  • Pembentukan perlembagaan persekutuan banyak dipengaruhi oleh perkembangan tamadun Melayu. 

  • Perkara 160 perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa seseorang itu dipanggil org Melayu bila mencapai 3 perkara iaitu: 

                            i-beragama Islam

                            ii-secara lazimnya berbahasa Melayu 

              iii-secara lazimnya mengamalkan adat istiadat melayu. 


ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU 

  • Tamadun Melayu pada awalnya dijejaki sejak zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal kira-kira 35,000 tahun yang lalu. 

  • Selepas itu diikuti dengan zaman Mesolitik atau zaman batu tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan zaman Logam iaitu zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu. 

  • Contoh penempatan manusia yang dijumpai pd zaman itu seperti Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) & Tingkayu (Sabah). 

  • Umumnya asas Tamadun Melayu banyak merujuk kepada struktur sosial masyarakat yang berlapis seperti sistem kasta, kerana banyak dipengaruhi oleh peradaban India. 

  • Selain daripada sturktur sosial, kemunculan kerajaan awal Melayu juga memainkan peranan dalam pembentukan tamadun Melayu. 

  • Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam Melayu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim. 


TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM 
  • Kehidupan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yang dinamakan sebagai adat kepercayaan berdasarkan kepada pandangan semesta tradisional orang Melayu tersebut. 

  • Kebudayaan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. 

  • Pandangan semesta Melayu berpusat kepada manusia yang mana ia mempunyai tanggapan terhadap alam iaitu alam nyata & alam ghaib dalam kehidupan mereka. 

  • Kepercayaan ini telah membawa kepada lahirnya adat dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu. 

  • Umumnya pandangan semesta masyarakat melayu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: 

i. zaman pra-Islam: 
  • Bertunjangkan kepada kepercayaan ‘animisme’ dan kepercayaan ‘dinamisme’ 

ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha: 
  • Kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan amalan penyembahan & upacara keagamaan menjadi lebih tersusun. 

  •  Telah menyerap ke dalam kehidupan & kebudayaan Melayu, terutama di kalangan golongan pemerintah & bangsawan. 

  • Memberi kesan mendalam dalam sistem sosial masyarakat melayu seperti sistem kasta yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat jelata. 

iii. Zaman kedatangan Islam: 
  •  Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada Tuhan. 

  • Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi. 

PEMBINAAN TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

  • Islam datang ke wilayah Nusantara pd abad pertama hijrah atau antara kurun ke 7 & ke 8 masihi. 

  • Proses Islamisasi telah berlaku dengan pesat & antara kerajaan Islam yang berjaya dibentuk ialah seperti kerajaan Acheh, Terengganu, Melaka, Patani, Brunei, Sulu dll.

  • Agama islam dikatakan telah datang ke Nusantara melalui tiga jalan utama berdasarkan kepada teori yang dikemukakan oleh para sarjana iaitu: 

i. Islam datang dari Tanah Arab 
  •  Dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann serta de Holender dan disokong oleh Syed Mohd Naquib al-Attas, menyatakan bahawa Islam dibawa datang pada kurun ke- 7 masihi. 

  • Ini berdasarkan kepada bukti yang ditemui seperti wujudnya perkampungan Islam di Sumatera utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi. 

ii. Islam Datang Dari India

  • Teori ini dikemukakan oleh Pijnappel iaitu seorang sarjana Belanda, dan disokong oleh Snouk Hurgronje & J.P Moquette. 

  • Berdasarkan kepada bukti yang ditemui iaitu penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut. 

iii. Islam Datang Dari China 
  • Teori yang dikemukakan oleh sarjana Sepanyol iaitu Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kepada penemuan Batu-batu bersurat di sekitar wilayah Nusantara seperti batu bersurat di Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048 M, di Laren Jawa bertarikh 1082 M dan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M. 


KESAN & PENGARUH ISLAM KEPADA TAMADUN MELAYU


i. Agama dan Kepercayaan 

  •  Memberi kesan yang mendalam dari segi akidah & kepercayaan masyarakat. Melayu ketika itu. 

  • Meninggalkan kepercayaan animisme & dinamisme serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-Buddha. 

  • Mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitik beratkan soal persamaan taraf. Tidak ada lagi sistem kasta sepertimana yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu. 

ii. Pendidikan 
  • Kedatangan Islam telah banyak merubah sistem pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat sebelum itu. 

  • Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti golongan atasan. 

  • Banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembelajaran menjadi lebih bebas disebarkan kepada golongan bawahan. 

iii. Bahasa dan Kesusasteraan 


  • Menerima pengaruh yang besar dengan kedatangan agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M. 

  • Penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah diperkenalkan. 

  • Perubahan dari segi bahasa boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai dan dikenali sebagai tulisan jawi. 

  • Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran. 

iv. Perundangan 

  • Hukum-hukum yang tidak bercanggah dengan Islam dikekalkan. Ini telah disebut dalam hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka & juga Adat Perpatih Adat Temenggung.

  • Antara contoh yang dapat dilihat ialah dalam bidang kuasa kehakiman yang mana hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan di penjara sahaja. 

v. Politik & Pentadbiran 
  • Sistem pemerintahan telah bertukar kepada sistem pemerintahan yang berlandaskan ajaran Islam. Antara contoh yang boleh dilihat ialah agama Islam telah diisytiharkan sebagai rasmi di Melaka. Sementara itu, beberapa institusi Islam telah didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara Institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. 

vi. Sistem Kekeluargaan 
  • Kedatangan Islam telah memantapkan lagi institusi kekeluargaan dalam masyarakat Melayu malah ianya menjadi lebih teratur. 

  • Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. 

  • Selain itu, pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka. 

vii.Adat dan Cara Hidup 
  •  Budaya animisme dan Hinduisme yang diamalkan oleh masyarakat sejak sekian lama telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam. 
  •  Adat yang selama ini menjadi darah daging dan sebati dengan kehidupan mereka telah diperkukuhkan lagi dengan ajaran Islam. Walaubagaimana mereka masih lagi mengamalkan adat2 yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 
  • Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah s.w.t.. Ia membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati. 


PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

Selepas kedatangan Islam, pandangan semesta Melayu telah berubah berteraskan unsur-unsur akidah.  Walaubagaimanapun, masih banyak lagi unsur-unsur pandangan semesta sebelum Islam yang diwarisi dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perubahan pandangan semesta Melayu terhadap agama Islam boleh dilihat terutama sekali dalam aspek ketauhidan dan penerapan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. 


ASPEK TAUHID

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi pandangan semesta orang Melayu, kerana Islam melalui kitab suci Al-Quran mengandungi segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketakwaan dan ketauhidan kepada Allah s.w.t. 

NILAI-NILAI MURNI MASYARAKAT MELAYU 

Kehadiran Islam juga telah mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu di mana mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran Islam. Contohnya struktur masyarakat menjadi lebih tersusun & kepatuhan serta ketaatan kepada ketua lebih diperkukuhkan lagi. Begitu juga dengan adat & pantang larang yang diamalkan sejak dahulu. 



PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM PELBAGAI BIDANG

i. Bidang Persuratan
  • Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan juga India. Penggunaannya dalam bidang penulisan bermula dengan skrip Sanskrit (pahlawi), seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (jawi), dan akhirnya kepada penulisan dalam skrip Roman (rumi). 

  • Perkembangan ini amat berkait rapat dengan perkembangan tamadun Melayu sehingga ke hari ini. Perkembangan bidang persuratan Melayu ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam. 


ii. Bidang Kesenian 
  • Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi kesenian orang Melayu. Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun. 

  • Kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang bersumberkan alam semula jadi, sama ada dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama mereka. 


iii. Bidang Sains dan Teknologi 
  • Kegemilangan sains & teknologi yang dicapai oleh orang Melayu sangat unik kerana ia mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu. 

  • Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya. 

  • Dalam bidang teknologi alam bina juga, orang-orang Melayu tidak ketinggalan, di mana kemahiran ini dapat dilihat dalam pembinaan rumah dan masjid, contohnya Rumah Kutai, rumah panjang, kubah dan juga masjid Kampong Laut, yang mempunyai keunikan yang tersendiri. 


iv. Bidang Pendidikan 
  • Di awal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab. 

  • Perkembangan pendidikan ini sangat perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama. 

  • Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka. Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor. 

  • Ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai “3M” iaitu membaca, menulis dan mengira. 

KONSEP KEBUDAYAAN ISLAM DI MALAYSIA

  • Kebudayaan Melayu-Islam saling melengkapi dalam kesatuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara prinsip yang tegas. Oleh itu, kebudayaan Islam di sesebuah negara bangsa merupakan ilmu yang tersendiri yang boleh dilihat dalam pelbagai disiplinnya, contoh yang dapat dilihat ialah di Malaysia sendiri di mana kedudukannya boleh ditinjau dari sudut sejarah, psikologi, hukum , arkeologi, filologi, sosiologi dan sebagainya. 

  • Penghayatan terhadap kebudayaan Islam juga boleh dilihat dari sudut cara berpakaian, makan minum, pengembangan ilmu pengetahuan, kesenian, falsafah dan peningkatan bahasa Melayu dan juga kesusasteraan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam hikayat, syair dan pantun ditulis berdasarkan unsur-unsur keislaman. Dari sudut kesenian muzik pula, nasyid, syair, zikir, qasidah dan lain-lain menunjukkan unsur-unsur Islam banyak diterapkan 

CABARAN TAMADUN MELAYU PADA MASA KINI

  • Cabaran yang diterima oleh tamadun Melayu kini terdiri daripada 2 cabang iaitu cabaran dari dalam & cabaran dari luar. 

  • Cabaran dari dalam yang kelihatan sangat ketara ialah cabaran sosio-budaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami. 

  • Golongan yang paling berisiko tinggi untuk menghadapi cabaran tersebut adalah golongan remaja & belia. 

















4 comments:

  1. salam cik/puan, sy mohon ambil sebahagian isi dalam penulisan ini utk rujukan sy dan dimasukkan sedikit dalam kajian sy.. tq...

    ReplyDelete
  2. Salam, izinkan saya kutip sedikit perkongsian ini sebagai rujukan saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalam mohon izin untuk digunakan sebagai rujukan...terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Mohon izin pihak cik/puan untuk menggunakan sebahagian isi penulisan ini sebagai rujukan. Terima kasih.

    ReplyDelete