Thursday 10 May 2012

ISU SEMASA - WANITA & JENAYAH ROGOL

Jenayah rogol di malaysia semakin kronik.
Puncanya?

Setiap hari mesti ada sahaja berita sensasi kes-kes rogol di malaysiayang terpampang di dada-dada akhbar. Sudah semakin menjadi-menjadi saban hari, sehinggakan masyarakat hari ini sudah lali dengan berita-berita seperti ini. Apa sebabnya? Di bawah ini ada beberapa contohnya kejadian kes rogol terbaru yang telah di paparkan dalam akhbar berita harian.

Amah dakwa dirogol abang majikan

Kuala lumpur : seorang pembantu rumah warga indonesia mendakwa dirogol abang majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu, baru-baru ini. Sumber berkata, lelaki terbabit ‘meminjam’ pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 september lalu.  “suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di wangsa maju ke rumahnya di bangi.

Rogol anak, nikah emak

            petaling jaya: seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim rozina ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas hamdan ahadluddin, 49.

Duda rogol budak upah rm5 dihukum

Kuantan: seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10 tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan memberinya upah rm5 hingga rm15 antara mei tahun lalu hingga oktober lalu. Tertuduh, che hassan che nawang, 61, dari kampung jaya gading di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim ahmad zamzani mohd zain.

Dirogol dan dibunuh dengan kejam 

Bukit mertajam: seorang wanita ditemui mati disyaki dirogol dan dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak berhampiran sungai kampung kuala tasek, dekat sini, semalam. Mangsa yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui jam 3.30 petang oleh seorang pekebun dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain luka di kemaluan akibat dicucuk kayu. Ketua polis daerah seberang perai tengah (spt), asisten komisioner dr mohamad shah husin shah, berkata siasatan awal polis mendapati, mangsa berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan semak berkenaan.

Dan ini pula, dua kes rogol di malaysia yang boleh dikatakan mendapat perhatian seluruh rakyat malaysia. Antaranya :

Ø  Noor suzaily mukhtar, juruteknik komputer yang menemui maut dalam keadaan tragis selepas dirogol dan dibunuh kejam dalam sebuah bas ekspress di klang, pada 7 oktober 2000.
Ø  Tragedi yang melibatkan kes nurin jazlin turut mengembalikan memori pahit bagi abdul gani juni, 54. Bapa kepada nurul huda abdul ghani, murid tahun empat sekolah rendah kebangsaan tiram duku, gelang patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal stesen janakuasa tenaga nasional berhad (tnb) di kampung pekajang, gelang patah, johor bahru pada 17 januari 2004 itu turut berduka cita dengan kematian nurin jazlin.
Yang pastinya kes melibat jenayah kes rogol di malaysia ini tidak mengira mangsa. Daripada yang bertudung litup dan labuh, nenek, anak sendiri, anak tiri, sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak pun mereka “sapu”. Gelaran apa yang boleh diberikan manusia yang bertopengkan binatang ini?

Kita jangan bercerita soal untuk mencari penyelesaian sedangkan kita sendiri yang memberikan racun dan sekarang ini kita mencari pula ubat yang terbaik untuk mengubatinya. Kalau semalam, kita buka pusat bersosial dan anjurkan segala bentuk parti  dan memberikan kebenaran. Secara tidak langsung kita galakkan anak-anak muda dalam menyertai segala bentuk parti sosial supaya seiring dengan  negara maju. Kononnya.
Hari semalam kita ‘create’ bangsar , kemudiannya kita ‘create’ pula sri hartamas. Sekarang ini kita sudah disogokkan dengan mutiara damansara seperti the curve tempat di mana muda-mudi menunggang arak dan berfesyen macam nak bogel untuk bersosial atas nama ‘setaraf negara maju’.
Tetapi hari ini, pihak-pihak berkenaan termasuk kita semua bercakap soal gejala sosial yang semakin teruk dan ingin cuba mencari jalan penyelesaiannya. Apa pandangan anda dengan kes rogol di malaysiayang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini?

Punca kes rogol :

v  Keadaan politik di malaysia kerana ianya melibatkan kepimpinan negara. Senario politik yang berlaku ini menyebabkan pengabaian program untuk mendidik masyarakat.negara kita. Apabila didikan diperingkat negara tidak dijalankan melalui media elektronik dan media massa maka masyarakat akan kosong jiwa mereka.
v  Rancangan di media elektronik. Sebagai contohnya rancangan realiti tv yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum menutup aurat dalam islam,  faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini.
v  Kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya. Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di malaysia .
v  Gaya pemakaian wanita ini menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen terkini yang datangnya dari negara barat.
v  Keruntuhan institusi kekeluargaan
v  Kehidupan yang bebas tanpa sempadan
v  Kurangnya penekanan daripada aspek agama.


Langkah pencegahan awal jenayah rogol :

1.    Wanita seharusnya keluar berteman. Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas? Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?
2.    Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang. Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu. Laporan all women society (awam) dalam satu buku bertajuk the rape report: an overview of rape in malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.
3.    Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz. Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.
4.    Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar kl sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung. Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.
5.    Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'. Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi? Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh islam, memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.
6.    Menutup pintu-pintu maksiat. Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat. Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Marilah kita sama-sama melakukan apa yang islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula? Tindakan mahu meminda seksyen 376 kanun keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.
Disediakan oleh          : Nursuraya Binti Talib