Thursday 10 May 2012

ISU SEMASA - WANITA & JENAYAH ROGOL

Jenayah rogol di malaysia semakin kronik.
Puncanya?

Setiap hari mesti ada sahaja berita sensasi kes-kes rogol di malaysiayang terpampang di dada-dada akhbar. Sudah semakin menjadi-menjadi saban hari, sehinggakan masyarakat hari ini sudah lali dengan berita-berita seperti ini. Apa sebabnya? Di bawah ini ada beberapa contohnya kejadian kes rogol terbaru yang telah di paparkan dalam akhbar berita harian.

Amah dakwa dirogol abang majikan

Kuala lumpur : seorang pembantu rumah warga indonesia mendakwa dirogol abang majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu, baru-baru ini. Sumber berkata, lelaki terbabit ‘meminjam’ pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 september lalu.  “suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di wangsa maju ke rumahnya di bangi.

Rogol anak, nikah emak

            petaling jaya: seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim rozina ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas hamdan ahadluddin, 49.

Duda rogol budak upah rm5 dihukum

Kuantan: seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10 tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan memberinya upah rm5 hingga rm15 antara mei tahun lalu hingga oktober lalu. Tertuduh, che hassan che nawang, 61, dari kampung jaya gading di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim ahmad zamzani mohd zain.

Dirogol dan dibunuh dengan kejam 

Bukit mertajam: seorang wanita ditemui mati disyaki dirogol dan dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak berhampiran sungai kampung kuala tasek, dekat sini, semalam. Mangsa yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui jam 3.30 petang oleh seorang pekebun dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain luka di kemaluan akibat dicucuk kayu. Ketua polis daerah seberang perai tengah (spt), asisten komisioner dr mohamad shah husin shah, berkata siasatan awal polis mendapati, mangsa berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan semak berkenaan.

Dan ini pula, dua kes rogol di malaysia yang boleh dikatakan mendapat perhatian seluruh rakyat malaysia. Antaranya :

Ø  Noor suzaily mukhtar, juruteknik komputer yang menemui maut dalam keadaan tragis selepas dirogol dan dibunuh kejam dalam sebuah bas ekspress di klang, pada 7 oktober 2000.
Ø  Tragedi yang melibatkan kes nurin jazlin turut mengembalikan memori pahit bagi abdul gani juni, 54. Bapa kepada nurul huda abdul ghani, murid tahun empat sekolah rendah kebangsaan tiram duku, gelang patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal stesen janakuasa tenaga nasional berhad (tnb) di kampung pekajang, gelang patah, johor bahru pada 17 januari 2004 itu turut berduka cita dengan kematian nurin jazlin.
Yang pastinya kes melibat jenayah kes rogol di malaysia ini tidak mengira mangsa. Daripada yang bertudung litup dan labuh, nenek, anak sendiri, anak tiri, sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak pun mereka “sapu”. Gelaran apa yang boleh diberikan manusia yang bertopengkan binatang ini?

Kita jangan bercerita soal untuk mencari penyelesaian sedangkan kita sendiri yang memberikan racun dan sekarang ini kita mencari pula ubat yang terbaik untuk mengubatinya. Kalau semalam, kita buka pusat bersosial dan anjurkan segala bentuk parti  dan memberikan kebenaran. Secara tidak langsung kita galakkan anak-anak muda dalam menyertai segala bentuk parti sosial supaya seiring dengan  negara maju. Kononnya.
Hari semalam kita ‘create’ bangsar , kemudiannya kita ‘create’ pula sri hartamas. Sekarang ini kita sudah disogokkan dengan mutiara damansara seperti the curve tempat di mana muda-mudi menunggang arak dan berfesyen macam nak bogel untuk bersosial atas nama ‘setaraf negara maju’.
Tetapi hari ini, pihak-pihak berkenaan termasuk kita semua bercakap soal gejala sosial yang semakin teruk dan ingin cuba mencari jalan penyelesaiannya. Apa pandangan anda dengan kes rogol di malaysiayang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini?

Punca kes rogol :

v  Keadaan politik di malaysia kerana ianya melibatkan kepimpinan negara. Senario politik yang berlaku ini menyebabkan pengabaian program untuk mendidik masyarakat.negara kita. Apabila didikan diperingkat negara tidak dijalankan melalui media elektronik dan media massa maka masyarakat akan kosong jiwa mereka.
v  Rancangan di media elektronik. Sebagai contohnya rancangan realiti tv yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum menutup aurat dalam islam,  faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini.
v  Kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya. Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di malaysia .
v  Gaya pemakaian wanita ini menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen terkini yang datangnya dari negara barat.
v  Keruntuhan institusi kekeluargaan
v  Kehidupan yang bebas tanpa sempadan
v  Kurangnya penekanan daripada aspek agama.


Langkah pencegahan awal jenayah rogol :

1.    Wanita seharusnya keluar berteman. Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas? Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?
2.    Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang. Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu. Laporan all women society (awam) dalam satu buku bertajuk the rape report: an overview of rape in malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.
3.    Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz. Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.
4.    Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar kl sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung. Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.
5.    Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'. Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi? Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh islam, memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.
6.    Menutup pintu-pintu maksiat. Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat. Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Marilah kita sama-sama melakukan apa yang islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula? Tindakan mahu meminda seksyen 376 kanun keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.
Disediakan oleh          : Nursuraya Binti Talib

Monday 30 April 2012



MOTIF 


· Antara motif-motif di sebalik serangan 11 September ialah kehadiran pihak A.S. di Arab Saudi, sokongan A.S. terhadap Israel dan sekatan terhadap Iraq.

· Motif-motif ini dinyatakan terang-terangan oleh al-Qaeda dalam beberapa pengisytiharan sebelum serangan berlaku.

· Dua terbitan yang terpenting ialah "Warkah untuk Amerika" oleh bin Laden pada tahun 2002, dan pita video 2004 oleh bin Laden juga. Selain pengumuman langsung oleh bin Laden dan Al-Qaeda, dorongan kepada serangan ini juga dianjurkan oleh ramai pengupas politik.

· Dalam "Warkah untuk Amerika" pada tahun 2002, bin Laden menyifatkan sokongan Amerika Syarikat kepada Israel sebagai salah satu dorongan: "Penubuhan dan kesinambungan negara Israel merupakan antara jenayah terbesar, dan kamulah pemimpin-pemimpin pelaku jenayah itu. Sesungguhnya, tidak perlu dijelaskan dan dibuktikan sejauh mana Amerika menyokong Israel. Penubuhan Israel merupakan jenayah yang mesti dihapuskan.

· Pada tahun 2004 dan 2010, bin Laden sekali lagi melaungkan hubungan antara serangan 11 September dan sokongan yang diraih oleh Israel daripada Amerika Syarikat.

· Selain motif-motif yang disiarkan oleh al-Qaeda, para pengupas telah mengusulkan motif-motif lain, termasuk keaiban yang timbul daripada dunia Islam yang makin mundur. Satu lagi motif yang dianjurkan ialah keinginan untuk memberangsangkan A.S. untuk melancarkan perang yang lebih besar ke atas dunia Islam dengan hasrat mendorong lebih ramai sekutu untuk menyokong al-Qaeda.




MANGSA  

  • Sejumlah 2,977 mangsa yang terkorban termasuk 19 orang perampas. 246 orang di keempat-empat pesawat (tiada siapa yang terselamat), 2,606 orang di Bandar Raya New York, di dalam menara berkembar dan 125 orang di bangunan Pentagon. Kesemua mangsa korban dalam kejadian ini adalah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh dalam serangan di Pentagon. 




Sisa runtuhan World Trade Center beberapa hari selepas kejadian.


  • Beberapa minggu selepas kejadian, bilangan korban dianggarkan melebihi 6,000 ini. Pihak bandaraya hanya mampu mengenal pasti identiti mayat untuk 1,600 mangsa di World Trade Center. Pejabat pemeriksa perubatan juga mengumpul kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu Cebisan tulang masih ditemui pada tahun 2006, apabila para pekerja bersedia untuk merobohkan bangunan yang rosak teruk. Operasi tersebut siap pada tahun 2007. 


  • Pada 2 April 2010, sepasukan pakar antropologi dan arkeologi mula mencari tinggalan manusia, Operasi itu siap pada Jun 2010 dengan penemuan 72 tinggalan manusia, maka jumlah mayat manusia yang dijumpai meningkat kepada 1,845. Identiti 1,629 mangsa serangan di World Trade Center telah dikenal pasti. 

INSIDEN SERANGAN KE ATAS UMAT ISLAM


ISU-ISU SEMASA



SERANGAN 11 SEPTEMBER 2001 
 


  • Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat itu ke dalam Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York (WTC), sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan pekerja dalam bangunan terbabit. 

  • Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah dan mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke dalam bangunan Pentagon dekat Washington, D.C.

  • Kapal terbang yang keempat pula terhempas di atas kawasan berdekatan pekan setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu dan kemudiannya dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C. untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban. 

  • Kesangsian cepat dilemparkan ke atas al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu. 


  • Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas. 

  • Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu di baik pulih dalam masa setahun, dan sebuah Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. 

  • Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan dijangka siap pada tahun 2013. Tiga lagi menara dijangka dibina di atas tapak itu sekitar tahun 2007 hingga 2012. 


Friday 20 April 2012

KEISTEMEWAAN TAMADUN ISLAM



Keistimewaan dan Keunikan Tamadun Islam 


1) Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersifat kewahyuan 

Tamadun Islam bersumberkan anjuran-anjuran al-Quran dan bimbingan sunah Rasul S.A.W. Ini bermaksud tamadun Islam adalah tamadun yang terbentuk berdasarkan panduan dan prinsip yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W sebagaimana yang diutuskan oleh Allah taala. Ianya bukan tamadun yang lahir daripada akal atau nafsu manusia. Justeru prinsip dan dasar tamadun adalah bersifat tetap kerana penentu nilainya adalah al-Quran dan Sunnah Nabi. 


2) Tamadun Islam berorientasikan kemanusiaan 


Fokus utama yang diterapkan dalam ketamadunan Islam adalah pembinaan individu yang bersepadu dai segi roh, akal dan jasad yang akhirnya akan membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang sihat. Walaubagaimanapun nilaian aspek-aspek luaran tidak ditinggalkan malah juga dianggap penting bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia dan memenuhi fitrah manusia yang inginkan keduniaan berasaskan kepada batasan-batasan yang digariskan oleh Islam. 


3) Tamadun islam merupakan tamadun yang seimbang dan sepadu. 

Islam menghormati kecenderungan dan fitrah manusia. Anjuran ini jelas apabila Islam bukan hanya menekankan kerohanian semata-semata tetapi unsur kerohanian diambil kira tanpa menyisihkan unsur kebendaan. Keseimbangan dan kesepaduannya dapat dilihat dari sudut kepercayaan, ibadah, kerohanian dan kebendaan, individu dan masyarakat serta batas kebebasan individu. 


4) Tamadun Islam ialah tamadun yang bermatlamat 

Matlamat asas adalah untuk membawa manusia mencapai kejayaan bukan hanya di dunia tetapi lebih utama lagi di akhirat. Justeru itukemajuan dan pembangunan adalah bermatlamatkan pengabdian diri kepada Allah. Sekiranya setiap insan menyedari, menghayati dan melaksanakan matlamat ini maka kita akan lihat hasilnya iaitu semakin tinggi tamadun itu dapat diwujudkan maka manusianya akan semakin tunduk kepada Allah. 


5) Tamadun Islam ialah tamadun yang Universal (menyeluruh) dan Syumul (sempurna). 

Universal bermaksud ianya tidak merujuk kepada mana-mana bangsa tertentu tetapi menjadi milik semua umat Islam tidak kira dimana sahaja berada. Ianya dibangunkan oleh pelbagai bangsa dengan perbezaan bahasa. Manakala syumulnya pula meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan peringkat kehidupan serta lapangan hidup manusia, dahulu, kini dan selamanya. 


6) Tamadun islam bersifat terbuka kepada semua tamadun 

Ia bersifat mengambil dan memberi. Mengambil pengalaman yang berguna dari tamadun-tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya lalu disesuaikan dengan unsur-usur Islam. Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan berbentuk Islam. Memberi pula bermaksud mempersembahkan kepada tamadun asing pencapaian-pencapaian yang diperolehi. Sifat terbuka ini menjadikan tamadun islam sentiasa berkembang dan maju dan menjamin kewujudannya sepanjang zaman. 

DASAR TAMADUN ISLAM




PENGENALAN DASAR TAMADUN


  • Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya. 


  • Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara keselamatan akal, memelihara maruah atau keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak dan kebebasan




1.     Memelihara Keselamatan Agama

Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan alam ketuhanan. Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, beribu agama kalau tidak berjuta telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu wahyu daripada Allah S.W.T yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya.

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka Allah S.W.T telah memberikan kebebasan beragama. Soal penganutan agama-agama adalah menjadi hak asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh memaksa atau menggunakan kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Satu ungkapan pendek tetapi penuh bererti telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran, terjemahannya :

Tidak ada paksaan dalam beragama.
( Surah al-Baqarah 2:256 )

Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah S.W.T yang maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Lebih-lebih lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan dan kebajikan manusia sejagat. Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga untuk memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan. Jesteru itu prinsip utama tamadun Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya murtad.


2.   Memelihara Nyawa atau Jiwa

Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain. Allah S.W.T menerangkan hal ini dalam ayat, terjemahannya:

                  
Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang padamu.
( Surah an-Nisaa 4:29 )

 
Larangan membunuh telah diperketatkan lagi dengan memberi peringatan yang memberi kesan yang mendalam kepada diri dan psikologi setiap insane. Al-Quran telah terlebih dahulu memberikan gambaran yang buruk terhadap perbuatan membunuh dengan memaparkan kesan daripada jenayah itu.

Ia bukan sahaja bererti membunuh seorang manusia, tetapi bererti membunuh seluruh makhluk manusia. Dalam erti kata seorang ialah sebahagian daripada makhluk manusia. Makhluk manusia itu ialah satu dalam erti kata perpaduan, kesatuan dan kerjasama antara satu sama lain.

Mereka saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan hidup masyarakat manusia. Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini disebabkan, ia telah mengurangkan satu anggota masyarakat. Larangan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:

         
Barang siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka ertinya orang itu talah membunuh manusia seluruhnya.
( Surah al-Maa’idah 5:32 )


3.   Memelihara Keselamatan Akal

Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
 

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minuman arak, berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu, agar kamu mendapat keberuntungan.
( Surah al-Maa’idah 5:90 )

4.   Memelihara Maruah Atau Keturunan

Fitrah semula jadi manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya mata. Malangnya sejarah telah mencatatkan bahawa sejak zaman jahiliah budaya pembuangan  dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk memelihara generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku.

Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala social seperti budaya bohsia dan bohjan yang berakhir dengan pengguguran dan pembuangan anak luar nikah dan sebagainya. Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia, tamadun Islam telah mengharamkan segala punca yang membawa kepada zina dan perbuatan pengguguran dan pembuangan anak. Hal ini dijelaskan dalam ayat, terjemahnnya :


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar.
( Surah al-Israa’ 17:31 )

5.   Memelihara Harta Benda

Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan. Jesteru itulah tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
 

Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.
( Surah al-Qasas 28:77 )

       
Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
 

Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih. Pada hari mereka dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diriku. Maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu.
( Surah at-Taubah 9:34 -35 )
 
  
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :


Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.
( Surah al-Maa’idah 5:38 )



6.   Memelihara Hak Dan Kebebasan


Tamadun Islam juga memelihara hak dan kebebasan manusia yang dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu hak Allah S.W.T dan hak manusia


TAMADUN CHINA

TAMADUN CHINA

SEJARAH TAMADUN CHINA

Ahli sejarah dan kaji purba masih belum dapat memastikan sejarah asal usul orang Cina. Namun, di percayai bahawa orang Cina sama ada di Negara China mahupun di daerah yang lain di bahagian Timur Asia berasal daripada keturunan bangsa Monggol. 

Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Peradaban yang terawal di negara China ialah di Sungai Kuning di utara, kira-kira 4000 hingga 2000 S.M.
 

Tamadun China terbahagi kepada empat tahap atau peringkat perkembangan iaitu:
 


i. Zaman Pembinaan
 



  • Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal. Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini. Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought. 

ii. Zaman Keagungan
 


  • Zaman ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang iaitu sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya. 

iii. Zaman Peralihan
 


  • Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas China. Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar. Abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song. China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- Abad ke-15, China sekali lagi diperintah oleh orang asing ia ituorang Manchu. 

iv. Zaman Moden
 


  •  Zaman ini merupakan zaman cabaran kepada China. Ianya bermula dari pengaruh barat meresap ke dalam tamadun China. Pada tahun 1839-1842, China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu. Barat memperkenalkan konsep “ Most Favored Nation” dan China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal. 

    SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH

Kepercayaan Masyarakat China
 
  •  Menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam. 
  • Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan. 
  • Agama orang Cina lebih kepada kepercayaan yang berlandaskan pengajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze. 

Konsep Tamadun
 

a. Tian
 
  • Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. 

b. Di/Ti
 

  • Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara. 

c. Dao/Tao
 

  •  Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang. 

d. Konsep Yin dan Yang
 

  •  Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras.- Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi. 

e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung
 

  • Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan. f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung- Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan serta cara mendapatkan keseronokan yang maksima. 



AGAMA DAN KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA 


i. Konfusianisme 

  • Diasaskan oleh Kong Fu Tze. 
  • Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia. 
  • Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang. 

ii. Daoisme
 


  • Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”. 
  • Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian. 
  • Mendukung aspek dualisme. 
  •  Menekankan keserasian melalui konsep Yin dan Yang. 

iii. Legalisme
 

  •  Dihasilkan oleh Hsun-Tzu. 
  •  Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic. 
  • Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat. 
  • Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan.  

iv. Mo-Tzu
 

  • Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou. 
  •  Menekankan “universal love” dan persamaan taraf. 
  • Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan. 
  • Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi. 

v. Humanisme
 


  • Merupakan asas falsafah China dan mementingkan soal kemanusiaan. 
  • Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati. 
  • Kepercayaan dan agama orang Cina 
  • Penyembahan nenek moyang, Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama Pembangunan Akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme. 


SUMBANGAN-SUMBANGAN 


Bahasa dan kesusasteraan 

  • bermula sejak kurun ke-14 SM 
  •  berkembang berterusan lebih daripada 3,000 tahun. \
  •  bahasa cina tidak pernah menerima sebarang sekatan kerana mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan. 
  • pada dasarnya,tulisan cina bersifat grafik dan bukan fonetik. 
  • bahasa cina ini mengekalkan kesinambungan budaya cina dan membolehkan kesusasteraan cina menjadi asset penting dalam budaya masyarakat cina. 
  •  terbahagi kepada prosa, drama dan fiksyen. 

Sains dan teknologi
 

  • membina tembok besar china yang menjadi kebanggaan masyarakat cina dari dulu sampai sekarang. 
  • tembok besar china ini merupakan contoh seni bina orang cina. 
  • mempunyai kemahiran mencipta kertas dan tembikar. 
  • telah mencipta mercun semasa dinasti Tang. 
  • pada asalnya mercun digunakan untuk menyambut sesuatu perayaan tetapi kemudiannya digunakan secara meluas dalam peperangan. 
  •  telah mencipta kompas yang pertama oleh penduduk china. 
  •  tujuan utamanya ialah untuk kegunaan keagamaan. 
  • kampas tersebut diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.