TAMADUN CHINA
SEJARAH TAMADUN CHINA
Ahli sejarah dan kaji purba masih belum dapat memastikan sejarah asal usul orang Cina. Namun, di percayai bahawa orang Cina sama ada di Negara China mahupun di daerah yang lain di bahagian Timur Asia berasal daripada keturunan bangsa Monggol.
Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia. Peradaban yang terawal di negara China ialah di Sungai Kuning di utara, kira-kira 4000 hingga 2000 S.M.
Tamadun China terbahagi kepada empat tahap atau peringkat perkembangan iaitu:
i. Zaman Pembinaan
- Memperlihatkan
kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou. Mengamalkan
sistem pemerintahan beraja feudal. Peperangan merupakan ciri utama pada
tahap ini. Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The
Hundred Schools of Thought.
ii. Zaman Keagungan
- Zaman ini
bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. Zaman ini juga dikenali sebagai
zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai
bidang iaitu sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.
iii. Zaman Peralihan
- Zaman ini
merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas China. Negara
China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar. Abad ke-13, China
ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song. China
kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- Abad ke-15, China sekali
lagi diperintah oleh orang asing ia ituorang Manchu.
iv. Zaman Moden
- Zaman ini
merupakan zaman cabaran kepada China. Ianya bermula dari pengaruh barat
meresap ke dalam tamadun China. Pada tahun 1839-1842, China telah
dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu. Barat memperkenalkan konsep “
Most Favored Nation” dan China mengadakan pemulihan negara dengan
melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) dan “Reformasi Seratus
Hari” (1898) tetapi gagal.
SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH
Kepercayaan Masyarakat China
- Menganut
pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan
tradisi dan adat resam.
- Mengutamakan
amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan
dan kekayaan.
- Agama
orang Cina lebih kepada kepercayaan yang berlandaskan pengajaran ahli
falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze.
Konsep Tamadun
a. Tian
- Tian
merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan
Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.
b. Di/Ti
- Merujuk
kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak
sebagai penjaga/pemelihara.
c. Dao/Tao
- Merujuk
kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. Fahaman
Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk
seseorang.
d. Konsep Yin dan Yang
- Merupakan
kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif, sejuk, gelap,
basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering,
keras.- Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi.
e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung
- Merujuk
kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan.
f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung- Merujuk kepada prinsip/cara
mengelakkan kesakitan dan penderitaan serta cara mendapatkan keseronokan
yang maksima.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA
i. Konfusianisme
- Diasaskan
oleh Kong Fu Tze.
- Merupakan
pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia.
- Ajarannnya
mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang.
ii. Daoisme
- Dilahirkan
oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”.
- Ajaran ini
menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka
untuk mengembalikan keharmonian.
- Mendukung
aspek dualisme.
- Menekankan
keserasian melalui konsep Yin dan Yang.
iii. Legalisme
- Dihasilkan
oleh Hsun-Tzu.
- Ajarannya
tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang
pragmatic.
- Pembinaan
sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-undang yang ketat.
- Emosi dan
keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi
dengan pendidikan.
iv. Mo-Tzu
- Dilahirkan
oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou.
- Menekankan
“universal love” dan persamaan taraf.
- Sebuah
kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan.
- Menekankan
sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi.
v. Humanisme
- Merupakan
asas falsafah China dan
mementingkan soal kemanusiaan.
- Menekankan
sifat kasih saying dan hormat menghormati.
- Kepercayaan
dan agama orang Cina
- Penyembahan
nenek moyang, Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama Pembangunan Akhlak,
agama Islam, Kristian dan Ateisme.
SUMBANGAN-SUMBANGAN
Bahasa dan kesusasteraan
- bermula
sejak kurun ke-14 SM
- berkembang
berterusan lebih daripada 3,000 tahun. \
- bahasa
cina tidak pernah menerima sebarang sekatan kerana mengekalkan identitinya
dari segi lisan dan tulisan.
- pada
dasarnya,tulisan cina bersifat grafik dan bukan fonetik.
- bahasa
cina ini mengekalkan kesinambungan budaya cina dan membolehkan
kesusasteraan cina menjadi asset penting dalam budaya masyarakat cina.
- terbahagi
kepada prosa, drama dan fiksyen.
Sains dan teknologi
- membina
tembok besar china yang menjadi kebanggaan masyarakat cina dari dulu
sampai sekarang.
- tembok
besar china ini merupakan contoh seni bina orang cina.
- mempunyai
kemahiran mencipta kertas dan tembikar.
- telah
mencipta mercun semasa dinasti Tang.
- pada
asalnya mercun digunakan untuk menyambut sesuatu perayaan tetapi
kemudiannya digunakan secara meluas dalam peperangan.
- telah
mencipta kompas yang pertama oleh penduduk china.
- tujuan
utamanya ialah untuk kegunaan keagamaan.
- kampas
tersebut diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.
No comments:
Post a Comment