Friday 20 April 2012

TAMADUN INDIA


TAMADUN INDIA
Sejarah tamadun India
  • Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M. Selepas tempoh itu tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya kepada masyarakat Lembah Indus. Ianya dikenali sebagai Zaman Vedik.
  • Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
  • Pada zaman itu terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu Janapada atau kerajaan kecil dan Mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan.
  • Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka. 
  • Sejarah kemunculan tamadun India boleh dikategorikan kepada 3 kategori iaitu:
            i. Zaman awal        

  • Pada zaman awal, tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
  • Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan seseorang ini kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.
  • Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India. Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Mauryameliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negerinya terletak di Paliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka.Asoka telah menamatkan perang saudara dan menakluk Kalinga selepas Perang Kalinga.Asoka lebih menekan kepada kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan. 

         ii. Zaman Pertengahan


  •  Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat islam. Dalam tempoh ini, Islam memerintah india selama hampir 800 tahun iaitu dari (1000-1756). Namun kerajaan islam tidak mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan Hindu-sikh ke atas kerajaan Mughal dan disusuli oleh serangan pihak inggeris pada 1857 M. 

          iii. Zaman Moden 

  • Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah british pada tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi india kepada tiga buah negara iaitu India,Pakistan dan Bangladesh.Sebahagian besar umat islam kemudian berpindah ke Pakistan dan Bangladesh.

Perundangan

  • Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua dalam tamadun ini. Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda dan ini bergantung pada keseriusan kesalahan tersebut. Selain raja, golongan Brahmin menjadi golongan yang dominan dalam bidang atau urusan undang-undang ini kerana golongan Brahmin mahir tentang hukum-hukum terutama yang berkaitan dengan keagamaan. 

  • Segala titah perintah maharaja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat. Tuang itu dikenali sebagai Tiang Asoka kerana itu didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka. Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan itulah yang menjadikan pemerintahannya adil.


Peningkatan Ekonomi

  • Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara. Hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.


  •  Antara pelabuhan yang penting yang menghubungkan India dengan negara luar termasuklah Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur, serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat. 

  • Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar.

  •  Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja.


  • Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan perlaksanaan undang-undang telah diawasi raja. Mata wang telah digunakan sebagai medium jual beli.


  • Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan. Penggunaan mata wang dalam proses jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik.


  • Aktiviti perdagangan sejak Zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya pengeluran tekstil, kain kapas dan sutera.



Organisasi Sosial Dan Ciri-Ciri Pemerintahan

  • Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifat teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja.

  • Semasa India diperintah oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.

  • Gelaran raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kawasan sekitar dilakukan.

  • Raja memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat.

  • Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai

  • Kerajaan ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan Perisik yang teratur.

  • Pentadbiran awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian dan pendapatan.

  • Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli.

Kepercayaan Dan Agama

Dalam Tamadun India terdapat pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan sesuatu kaum. Antaranya ialah;
  •  Agama Hindu
  • Agama Buddha
  • Agama Jaina
  • Agama Sikh



1) Agama Hindu

  • Sejarah awal kemunculan agama hindu sukar untuk ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat agama semulajadi.
  • Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh dunia.
  • Kepercayaan dan ajaran Hindhu diwarisi secara turun-temurun.
  • Nama asal agama hinhu ialah Sanata Dharma bererti prinsip dan peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat tuhan yang kekal abadi. 


2) Agama Buddha

  • Agama Budhha diasaskan oleh Siddharta Gautama,putera Raja Sudhhodana Gautama daripada suku Shakya di India.
  • Budhha berasal daripada perkataan budh yang bermaksud yang mendapat kesedaran. 
  • Di dalam agama budhha ini,ia tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhan,metafizikal atau sesuatu falsafah sebaliknya mengenai ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan.ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma atau Dharma merangkumi 4 kebenaran Mulia.

3) Agama Jaina

  •  Agama ini diasakan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira. 
  • Beliau merupakan anak lelaki seorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya.
  • Agama Jaina banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Budhhaisme. 
  • Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu.
  • Ajaran jaina ini mengandungi 9 prinsi-prinsip asas iaitu:

                                           i.            Jiva- roh yang terdapat dalam semua benda bergerak
                                           ii.        Ajiva- benda yang tidak bernyawa
                                        iii.        Asrava- daya penarik
                                        iv.        Papa karma – dosa
                                          v.         Punya karma – pahala
                                       vi.         Bandha – ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan
                                    vii.          Samvara – menahan pengaliran karma
              viii.         Nirjara – penghapusan karma
                                      ix.          Siddhi – pelepasan dari kelahiran semula

4) Agama Sikh

  • Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Keshatriya hindu yang dilahirkan di Punjab.
  • Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar,abadi,amat berkuasa.
  • Ajaran agama sikh menolak penggunaan patung sebagai gambaran tuhan yang transcendental dan tuhan adalah kuasa terkuat.
  • Selain itu,persaudaraan khalsa diperkenalkandengan tujuan memperkasakan identiti sikh dengan memakai lima simbol utama iaitu;

       i.                                                                                 i.            Kesh – rambut panjang
                                                                     ii.          Kangha – sikat
                                                                     iii.       Kara – gelang besi
                                                                     iv.        Kirpan – pedang kecil
                                                                    v.           Kachera – seluar jerut



Sumbangan-Sumbangan

Seni Halus

  • Muzik ,tarian dan drama– muzik india menggunakan 4 komponen alat muzik iaitu Tala,avanadhha,Ghana dan Surira. Tarian dan muzik mempunyai hubungan yang erat,misaalnya tarian khatak dan muzik Hindustani.

Ilmu Astronomi

  •  kalendar matahari dicipta untuk mengenal musim,tahun,bulan dan hari. Astrologi berkembang di zaman gupta . 9 planet dan 27 bintang ini mempengaruhi kehidupan manusia

Bidang Logam

  • Mereka berkemahiran dalam ilmu kaji logam.Kemahiran orang india jelas Nampak pada Iron Pillar di Delhi yang di buat pada kurun ke-5.ia merupakan besi yang tinngi 7 meter yang tulen dan tidak berkarat.




No comments:

Post a Comment