Jenayah rogol di malaysia
semakin kronik.
Puncanya?
Setiap
hari mesti ada sahaja berita sensasi kes-kes rogol di malaysiayang
terpampang di dada-dada akhbar. Sudah semakin menjadi-menjadi saban hari,
sehinggakan masyarakat hari ini sudah lali dengan berita-berita seperti ini.
Apa sebabnya? Di bawah ini ada beberapa contohnya kejadian kes rogol terbaru
yang telah di paparkan dalam akhbar berita harian.
Amah dakwa dirogol abang majikan
Kuala
lumpur : seorang pembantu rumah warga indonesia mendakwa dirogol abang
majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan hubungan seks dengan
lelaki itu, baru-baru ini. Sumber berkata, lelaki terbabit ‘meminjam’ pembantu
rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya bagi membantu membuat
persediaan kenduri di rumahnya pada 23 september lalu. “suspek berusia
40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu mengadakan hubungan seks ketika
dalam perjalanan dari rumah adiknya di wangsa maju ke rumahnya di bangi.
Rogol
anak, nikah emak
petaling jaya: seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima tahun lalu. Hakim rozina ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam tahun ke atas hamdan ahadluddin, 49.
Duda rogol budak upah rm5 dihukum
Kuantan:
seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10 tahun dan enam sebatan
oleh mahkamah sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang
kanak-kanak berusia 11 tahun dengan memberinya upah rm5 hingga rm15 antara mei
tahun lalu hingga oktober lalu. Tertuduh, che hassan che nawang, 61, dari
kampung jaya gading di sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di
hadapan hakim ahmad zamzani mohd zain.
Dirogol dan dibunuh dengan kejam
Bukit
mertajam: seorang wanita ditemui mati disyaki dirogol dan dibunuh dengan kejam
sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak berhampiran sungai kampung kuala
tasek, dekat sini, semalam. Mangsa yang dipercayai berumur dalam lingkungan
30-an itu ditemui jam 3.30 petang oleh seorang pekebun dalam keadaan separuh
bogel dengan kecederaan parah di kepala selain luka di kemaluan akibat dicucuk
kayu. Ketua polis daerah seberang perai tengah (spt), asisten komisioner dr
mohamad shah husin shah, berkata siasatan awal polis mendapati, mangsa
berkemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan semak
berkenaan.
Dan ini
pula, dua kes rogol di malaysia yang boleh dikatakan mendapat
perhatian seluruh rakyat malaysia. Antaranya :
Ø Noor
suzaily mukhtar, juruteknik komputer yang menemui maut dalam keadaan tragis
selepas dirogol dan dibunuh kejam dalam sebuah bas ekspress di klang, pada 7
oktober 2000.
Ø Tragedi
yang melibatkan kes nurin jazlin turut mengembalikan memori pahit bagi abdul
gani juni, 54. Bapa kepada nurul huda abdul ghani, murid tahun empat sekolah
rendah kebangsaan tiram duku, gelang patah yang dirogol dan dibunuh dengan
kejam di pondok pengawal stesen janakuasa tenaga nasional berhad (tnb) di
kampung pekajang, gelang patah, johor bahru pada 17 januari 2004 itu turut
berduka cita dengan kematian nurin jazlin.
Yang
pastinya kes melibat jenayah kes rogol di malaysia ini tidak mengira mangsa.
Daripada yang bertudung litup dan labuh, nenek, anak sendiri, anak tiri,
sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak pun mereka “sapu”. Gelaran apa yang boleh diberikan
manusia yang bertopengkan binatang ini?
Kita jangan bercerita soal
untuk mencari penyelesaian sedangkan kita sendiri yang memberikan racun dan
sekarang ini kita mencari pula ubat yang terbaik untuk mengubatinya. Kalau
semalam, kita buka pusat bersosial dan anjurkan segala bentuk parti dan
memberikan kebenaran. Secara tidak langsung kita galakkan anak-anak muda dalam
menyertai segala bentuk parti sosial supaya seiring dengan negara maju.
Kononnya.
Hari semalam kita ‘create’
bangsar , kemudiannya kita ‘create’ pula sri hartamas. Sekarang ini kita sudah
disogokkan dengan mutiara damansara seperti the curve tempat di mana muda-mudi
menunggang arak dan berfesyen macam nak bogel untuk bersosial atas nama
‘setaraf negara maju’.
Tetapi
hari ini, pihak-pihak berkenaan termasuk kita semua bercakap soal gejala sosial
yang semakin teruk dan ingin cuba mencari jalan penyelesaiannya. Apa pandangan
anda dengan kes rogol di malaysiayang
menjadi-jadi sejak kebelakangan ini?
Punca kes rogol :
v Keadaan
politik di malaysia kerana ianya melibatkan kepimpinan negara. Senario politik
yang berlaku ini menyebabkan pengabaian program untuk mendidik
masyarakat.negara kita. Apabila didikan diperingkat negara tidak dijalankan
melalui media elektronik dan media massa maka masyarakat akan kosong jiwa
mereka.
v Rancangan
di media elektronik. Sebagai contohnya rancangan realiti tv yang banyak
berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi
generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian
telah melanggar hukum menutup aurat dalam islam, faktor yang
menyebabkan berlakunya jenayah ini.
v Kecanggihan
teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang
terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya.
Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya
penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di malaysia
.
v Gaya
pemakaian wanita ini menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen terkini
yang datangnya dari negara barat.
v Keruntuhan
institusi kekeluargaan
v Kehidupan
yang bebas tanpa sempadan
v Kurangnya
penekanan daripada aspek agama.
Langkah
pencegahan awal jenayah rogol :
1.
Wanita seharusnya keluar berteman. Peringatan ini sudah jelas
disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram.
Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak
bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas? Yang
pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut islam
mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu?
Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali
sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?
2.
Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang. Ini
juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi
kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu
tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang
sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis
tidak berlagu. Laporan all women society (awam) dalam satu buku bertajuk the
rape report: an overview of rape in malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis
kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan
(kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks
ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak
berlaku.
3.
Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah
mencapai umur mumaiyyiz. Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang
terbaik dalam islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol
yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang
meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini
juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.
4.
Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang
yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol.
Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol.
Bayangkan, kalau keluar kl sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah
ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak
dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. Kan baik kalau
wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka.
Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung.
Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar,
tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak
perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa,
pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap
perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun
dikerjakan sampai mati.
5.
Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'. Di barat,
ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa
kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat
pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan
pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi? Dari satu sudut
lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru
bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh islam, memang lah tak patut
bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami
dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak,
maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam
hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia
perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi
jangan sampai mengabaikan kehendak suami.
6.
Menutup pintu-pintu maksiat. Segala benda yang mengundang berahi
manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis
terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai
lagi bahan yang boleh mendorong maksiat. Kadang-kadang bila mahu mencapai
majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah
boleh didapati. Marilah kita sama-sama melakukan apa yang islam suruh buat.
Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa
untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula? Tindakan mahu meminda
seksyen 376 kanun keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau
terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.
Disediakan oleh :
Nursuraya Binti Talib
Do you need a Loan?
ReplyDeleteAre you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans at low interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats-app +918256953815
ushaservicesonline@gmail.com
Please, do provide us with the Following information if interested.
1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………
Thanks and Best Regards.
ushaservicesonline@gmail.com
+918256953815