PENGENALAN DASAR TAMADUN
- Dasar utama tamadun Islam ialah
untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah
dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah
lain-lain makhluk ciptaan-Nya.
- Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan,
didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa atau jiwa,
memelihara keselamatan akal, memelihara maruah atau keturunan, memelihara harta
benda dan memelihara hak dan kebebasan
1. Memelihara Keselamatan Agama
Salah satu daripada
fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan alam
ketuhanan. Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, beribu agama kalau tidak
berjuta telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu wahyu
daripada Allah S.W.T yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu
ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya.
Oleh kerana fitrah
semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka Allah S.W.T telah
memberikan kebebasan beragama. Soal penganutan agama-agama adalah menjadi hak
asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh memaksa atau menggunakan
kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Satu ungkapan pendek tetapi penuh
bererti telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran, terjemahannya :
Tidak ada paksaan dalam beragama.
( Surah al-Baqarah 2:256 )
Oleh
kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota
masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang
adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat
serta menyerah diri kepada Allah S.W.T yang maha Esa dengan mengerjakan segala
suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Lebih-lebih
lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan dan
kebajikan manusia sejagat. Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga
untuk memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta
benda, hak dan kebebasan. Jesteru itu prinsip utama tamadun Islam ialah untuk
memelihara keselamatan agama seperti pencegahan
berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya
murtad.
2.
Memelihara Nyawa
atau Jiwa
Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk
menjamin keselamatan setiap nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain.
Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri
orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya
sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan yang boleh
mencederakan fizikal orang lain. Allah S.W.T menerangkan hal ini dalam ayat,
terjemahannya:
Dan janganlah kamu
membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang padamu.
( Surah an-Nisaa
4:29 )
Larangan membunuh telah diperketatkan lagi
dengan memberi peringatan yang memberi kesan yang mendalam kepada diri dan
psikologi setiap insane. Al-Quran telah terlebih dahulu memberikan gambaran
yang buruk terhadap perbuatan membunuh dengan memaparkan kesan daripada jenayah
itu.
Ia bukan
sahaja bererti membunuh seorang manusia, tetapi bererti membunuh seluruh
makhluk manusia. Dalam erti kata seorang ialah sebahagian daripada makhluk
manusia. Makhluk manusia itu ialah satu dalam erti kata perpaduan, kesatuan dan
kerjasama antara satu sama lain.
Mereka
saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan hidup
masyarakat manusia. Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan
pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini
disebabkan, ia telah mengurangkan satu anggota masyarakat. Larangan ini
dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya:
Barang siapa yang
membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat
bencana dalam negeri, maka ertinya orang itu talah membunuh manusia seluruhnya.
( Surah
al-Maa’idah 5:32 )
3. Memelihara Keselamatan Akal
Oleh
kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan,
maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan
kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras
kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran. Hal ini
dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minuman arak, berjudi,
(berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,
termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu, agar kamu mendapat
keberuntungan.
( Surah al-Maa’idah 5:90 )
4. Memelihara Maruah Atau Keturunan
Fitrah semula jadi manusia selanjutnya
ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya mata. Malangnya sejarah
telah mencatatkan bahawa sejak zaman jahiliah budaya pembuangan dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk
memelihara generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan
sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku.
Pada masa
kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala social seperti budaya bohsia dan
bohjan yang berakhir dengan pengguguran dan pembuangan anak luar nikah dan
sebagainya. Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia, tamadun Islam
telah mengharamkan segala punca yang membawa kepada zina dan perbuatan
pengguguran dan pembuangan anak. Hal ini dijelaskan dalam ayat, terjemahnnya :
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut
kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu.
Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar.
( Surah
al-Israa’ 17:31 )
5.
Memelihara Harta
Benda
Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta
kekayaan. Jesteru itulah tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya. Hal
ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah
S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di
dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah
kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang yang melakukan kerosakan.
( Surah al-Qasas 28:77 )
Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan
cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari
segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan. Hal
ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
Orang yang
menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka
hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih. Pada hari mereka
dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya inilah
harta bendamu yang kamu simpan untuk diriku. Maka rasailah balasan yang kamu
simpan dahulu.
( Surah
at-Taubah 9:34 -35 )
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik
halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian
daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini
diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah
tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan
sebagai seksaan daripada Allah.
( Surah al-Maa’idah 5:38 )
6.
Memelihara Hak
Dan Kebebasan
Tamadun Islam juga memelihara hak dan
kebebasan manusia yang dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu hak Allah
S.W.T dan hak manusia