Menurut
Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif :
“ Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.”
Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai :
“ Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.”
Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai :
“Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.”
Dari
sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam konteks
Tamadun Islam iaitu :
i.
Madaniah
ii.
Tamadun
iii.
Hadarah
iv.
Umran
Ibnu
Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti :
i.
Umran sebagai kawasan tanah
yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju.
ii.
Hadarah pula ialah satu
daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan.
iii.
Tamadun pula membawa erti,
memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek yang akan
diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti.
ASAS-ASAS TAMADUN
ISLAM
Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang
kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun yang hebat di dunia. Asas-asas
tersebut ialah:
1.
AKIDAH
Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai.
Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai.
2.
SYARIAH
Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.
Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.
3.
AKHLAK
Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.
Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.
AGEN PELENGKAP TAMADUN
ISLAM
1. ILMU PENGETAHUAN
Ilmu menurut
perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan
). Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari
Islam. Akidah Islam tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap
kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al-Alaq, terdapat perkataan
Iqra’ ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan daya
keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan ilmu
memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap
muslim menuntut ilmu pengetahuan.
2.
KEKUATAN MATERIAL
Nilai
kebendaan juga penting dalam Tamadun Islam kerana Al-quran Sunnah menekankan
ibadah dalam bentuk material seperti menunaikan zakat , jihad mali (harta ) dan
lain-lain. Kekuatan material dapat membantu dalam pembangunan sains dan
teknologi seperti penyediaan teknologi persenjataan untuk mempertahankan kalimah
Allah dan maruah Islam.
CIRI- CIRI TAMADUN
ISLAM
Ciri-ciri
Tamadun Islam amat penting bagi mewujudkan tamadun yang kukuh dan maju. Antara
ciri-ciri Tamadun Islam ialah:
1.
Penggunaan
tulisan. Membantu mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam dan
meningkatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam
semua aspek kehidupan umat.
2.
Kemunculan
kota atau bandar bagai menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang
datang untuk pelbagai aktiviti lain.
3.
Wujudnya
ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama
membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju. Perbezaan peranan yang
dimainkan mealahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudnya suatu bentuk
ekonomi bandar.
4.
Wujudnya
bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti
istana-istana , masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain.
5.
Kewujudan
negara Islam. Menurut sebahagian penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri
Tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang
Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.
SUMBER-SUMBER TAMADUN
ISLAM
1.
AL
– QURAN
Al – Quran merupakan sumber yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah perkembangannya. Cara hidup atau kebudayaan semua orang Islam adalah sebahagian besarnya dipengaruhi oleh ayat-ayat dan idea-idea Al –Quran. Kalau tidak kerana adanya Al –Quran , nescaya Tamadun Islam tidak wujud di dunia ini.
2. AL – SUNNAH.
Al – Sunnah membawa maksud apa – apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dari segi perkataan , perbuatan , persetujuan atau sifat kejadian , akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.
Peranan Al – Sunnah ialah menjelaskan
perkara – perkara yang tidak dijelaskan dalam Al – Quran dan memberi tafsiran
bagaimana untuk melaksanakan apa yang kurang jelas dalam Al – Quran.
3. AL - IJTIHAD
Ijtihad merupakan pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-sungguh untuk dapat sesuatu hukum syara’ mengenai suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya secara qat’I atau secara putus dari Al – Quran dan AL – Sunnah. Ijtihad adalah asas keempat dalam pembinaan hukum Islam dan melaluinya hukum baru di sekitar dasar umum yang ditetapkan oleh Al – Quran dan Al – Sunnah dapat ditetapkan.
TAMADUN ASING
Islam tidak menolak segala hasil
tamadun-tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Islam
bersifat terbuka kepada semua tamadun, ia bersifat mengambil dan memberi. Islam
tidak menentang perkembangan kemajuan tamadun selama ia mendatangkan kebajikan
kepada manusia, tetapi akan menentang tamadun palsu yang membawa kemusnahan.
MATLAMAT TAMADUN
ISLAM
1. Hubungan Manusia
dengan Allah
Manusia dapat
mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya melalui
rukun Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian
iman dan daya kegigihan untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah
S.W.T.
2. Hubungan Manusia
Dengan Manusia
Allah S.W.T mengatur
cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam
membentuk keluarga , jiran , masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan
pendidikan. Pematuhan syarak penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun
khalifah Allah di muka bumi. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan
dengan adanya tolong-menolong , kerjasama dan perpaduan.
3. Hubungan Manusia
Dengan Alam
Allah
menetapkan bagaimana manusia harus bertingkahlaku apabila berhadapan dengan
alam. Segala yang ada di lautan dan di daratan dijadikan oleh Allah untuk
kepentingan dan kebahagiaan manusia. Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut
bumi dan lain-lain meningkatkan keimanan kepada Allah dan Tamadun Islam ke arah
kepentingan hidup manusia sejagat.
KEISTIMEWAAN TAMADUN
ISLAM
1. Bersumberkan Kepada
Al – Quran Dan Al – Sunnah
Ajaran-ajaran yang
dibawa oleh Al-Quran , bimbingan serta panduan yang terdapat didalamnya telah mewujudkan
tamadun yang unggul.
2. Bentuk Tetap
Berbentuk
tetap dan bersandarkan kepada kitab Allah , maka ia terpelihara dari keinginan
dan hawa nafsu kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram , baik
buruk , apa yang boleh dan apa yang tidak boleh , semuanya jelas tertera di
dalam kitab Allah dan Sunnah Rasul- Nya.
3. Terbuka
Tamadun
Islam menerima dari pengalaman-pengalaman yang berguna dan mempersembahkan
kepada tamadun asing hasil serta pencapaian yang diperoleh.
4. Bersesuaian Dengan
Fitrah Manusia.
Ajaran-ajaran
Islam bertujuan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat , maka
tidak hairanlah jika Tamadun Islam yang berteraskan kepada ajaran-ajarannya selaras
dengan fitrah dan keperluan manusia.
5. Bersifat Syumul
Islam
adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman , lebarnya mengatur segenap
aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan
akhirat.
PENUTUP
Konsep
Tamadun Islam yang mencakupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam suatu tamadun yang lengkap dan kukuh
kerana ianya berlandaskan Al – Quran dan Al – Sunnah. Justeru itu Tamadun Islam
merupakan suatu proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang
diikrarkan oleh setiap anggota. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah
atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik. Alasan ini dapat
dikukuhkan dengan firman Allah dalam Surah Yusuf , ayat 40 yang bermaksud :‘ Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah Addin ( agama ) yang benar.’
Disediakan oleh : Nurhayati Binti Silahhuddin